Sebagai seorang Muslim, kebolehan menghafal kesemua 30 juzuk al-Quran menjadi impian setiap umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW daripada Ali bin Abi Thalib ra: “Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya, di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”
Advertisement

Baru-baru ini, seorang wanita sindrom Down dari Jordan meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menghafal al-Quran telah tercapai.
Rawan Dweik telah membuktikan yang dia telah berjaya menjadi wanita sindrom Down untuk menghafal al-Quran 30 juzuk.
Malah, dia sendiri juga tidak menyangka dapat menghafal kesemua surah daripada kitab suci al-Quran.
Siapa sangka, berkat kesungguhan dan sikap tidak kenal erti lelah ini telah membuktikan individu istimewa sepertinya dapat merealisasikan impiannya.
Sama-sama kita istiqamah ke arah yang lebih baik!