Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berita Baik Menjelang Lebaran! 5.2 Juta Rakyat Terima STR Awal, Pelbagai Bantuan Diumum Kerajaan

berita baik menjelang lebaran! 5.2 juta rakyat terima str awal, pelbagai bantuan diumum kerajaan

Foto: Instagram (anwaribrahim_my)

Advertisement

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, kerajaan mengambil langkah proaktif bagi membantu meringankan beban rakyat yang sedang membuat persiapan menyambut hari raya.

Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif penting di bawah Kerajaan MADANI ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dengan fokus utama membantu rakyat menghadapi kos perbelanjaan menjelang perayaan.

Antara pengumuman paling mendapat perhatian ialah pengawalan awal pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan kepada 5.2 juta penerima di seluruh negara. Langkah ini dijangka memberi kelegaan kepada golongan yang memerlukan untuk membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih selesa.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada beberapa kumpulan penting termasuk penjawat awam, pesara kerajaan dan veteran, sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan khidmat mereka kepada negara.

Lebih menarik, bantuan ini juga akan diberikan kepada lebih 70,000 individu yang berkhidmat dalam institusi masjid dan pendidikan agama, termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan guru takmir di seluruh Malaysia. Golongan ini sering menjadi tulang belakang dalam memakmurkan institusi masjid dan mendidik masyarakat.

berita baik menjelang lebaran! 5.2 juta rakyat terima str awal, pelbagai bantuan diumum kerajaan

Dalam masa sama, kerajaan turut memperluaskan subsidi tiket penerbangan menerusi inisiatif FLYsiswa, yang dijangka membantu lebih 50,000 mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman, khususnya bagi mereka yang belajar jauh daripada keluarga.

Bagi memastikan kos barangan tidak melonjak menjelang musim perayaan, beberapa langkah kawalan harga turut diperkukuh melalui program Jualan Rahmah MADANI, yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan kepada rakyat.

berita baik menjelang lebaran! 5.2 juta rakyat terima str awal, pelbagai bantuan diumum kerajaan

Gambar Hiasan

Kesemua langkah ini diharapkan dapat membantu rakyat membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih tenang, sambil menikmati momen berharga bersama keluarga dan insan tersayang.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk kembali berkumpul bersama keluarga dan dengan bantuan yang diumumkan ini, diharapkan lebih ramai rakyat dapat menyambutnya dengan senyuman dan rasa syukur.

Sumber: Instagram (anwaribrahim_my)

SINAR Muzik Retro Terbaik