Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Tidur Dalam Kubur Paling Lama’? Pertandingan Ini Buat Netizen Seram Sejuk

Foto janaan AI

Satu poster yang mempromosikan acara pelik dikenali sebagai ‘Tidur Dalam Kubur Paling Lama’ menjadi perhatian ramai selepas ia tersebar di media sosial sejak semalam, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan konsep cabaran tersebut.

Advertisement

Berdasarkan maklumat pada poster itu, pertandingan berkenaan dijadualkan berlangsung pada 5 Mei 2026 di kawasan perkuburan yang dikenali sebagai Kubur Jalan Pusara (Kubur Cina). Acara itu dikatakan bermula dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Peserta yang menyertai cabaran tersebut perlu bertahan dalam suasana gelap dan sunyi di dalam kawasan kubur, yang dikatakan menguji kekuatan mental serta fizikal mereka.

Menariknya, penganjur menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta yang mampu bertahan paling lama. Juara akan membawa pulang RM2,500, diikuti RM1,000 bagi naib juara dan RM500 untuk tempat ketiga, manakala yuran penyertaan adalah percuma.

Foto: Threads

Difahamkan, pertandingan ini dianjurkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Gali Kubur Terengganu’, dengan individu bernama Din Gali Kubur disenaraikan sebagai kontak utama bagi maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak selesa terhadap penganjuran tersebut, terutama kerana lokasi acara melibatkan kawasan perkuburan yang dianggap sensitif dan perlu dihormati.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai aspek keselamatan serta kesan psikologi kepada peserta yang perlu berada dalam ruang gelap dan terkurung untuk tempoh yang lama.

Setakat ini, kesahihan acara tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada benar akan dilaksanakan atau sekadar strategi tular di media sosial.

Sumber: Threads @gabrielkimjuan

SINAR Muzik Retro Terbaik