
Foto: Kosmo
Industri hiburan tempatan menerima khabar duka apabila pelakon berpengalaman, Jalil Hamid dilaporkan telah meninggal dunia pada tengah hari Isnin.
Advertisement
Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Afiqah Jalil menerusi perkongsian di Instagram Story.
Menurut Afiqah, bapanya dipercayai pergi dalam keadaan tenang selepas tertidur sebaik selesai menunaikan solat Subuh.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk ayah, ayah dah tiada.
“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Sekitar jam 12.30 tengah hari, ibu periksa dan dapati ayah sudah tiada,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa urusan pengebumian dijangka berlangsung selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.
Pemergian Allahyarham menjadi satu kehilangan buat dunia seni tanah air yang pernah menerima sumbangannya sepanjang bergelar pelakon.
Sumber: Instastory Afiqah Jalil