
Gambar Janaan AI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor menerusi perkongsian di Threads mengingatkan golongan wanita supaya mengambil perhatian terhadap beberapa perkara sebelum membuat pengambilan gambar untuk urusan MyKad.
Advertisement
Menerusi hantaran tersebut, JPN Selangor berkongsi beberapa panduan ringkas khususnya berkaitan penampilan ketika sesi fotografi MyKad agar gambar yang dihasilkan memenuhi syarat ditetapkan.

Gambar Janaan AI
Antara perkara yang diberi perhatian ialah pemilihan warna tudung bagi wanita bertudung. Pemohon disarankan memakai tudung berwarna gelap supaya imej lebih jelas dan bersesuaian dengan format gambar rasmi.

Gambar Janaan AI
Bagi wanita yang tidak bertudung pula, JPN Selangor mengingatkan supaya warna rambut mestilah hitam ketika pengambilan gambar MyKad.
“Geng-geng wanita kalau nak ambil gambar untuk MyKad, ada sikit pesanan ni. Yang bertudung pastikan warna gelap dan yang tidak bertudung rambut perlu warna hitam ye,” tulis perkongsian tersebut.
Gambar MyKad bukan sekadar gambar pengenalan diri, tetapi digunakan dalam pelbagai urusan rasmi. Oleh itu, penampilan yang mengikut panduan dapat membantu memastikan proses permohonan berjalan lebih lancar tanpa sebarang masalah.
Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu syarat terkini yang ditetapkan JPN sebelum hadir bagi urusan berkaitan dokumen pengenalan diri.
Sumber: Threads (jpnselangor_official)