Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, memerintahkan kes pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima pada Disember lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Menurut Majistret S. Punitha, beliau memutuskan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk kes terhadap Mohd. Nazri Abdul Razak, 45, dipindahkan dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.
Advertisement
Malah, permohonan untuk memindahkan kes dibuat Afzainizam mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah tetapi tarikh sebutan kes tersebut di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Cindy Wong Xin Tian.
Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Datuk Zamri Idrus.
Sumber: Kosmo Online