Skip to main content

Bisnes & Kewangan

Tengah Berkira-Kira Nak Refinance Rumah? Apa Yang Perlu Dinilai Dulu?

Artikel ini ditaja oleh Co-opbank Pertama

Kredit: Sino Studio/canva & Curtis Adams/Pexels

Nak refinance rumah ke tak eh?

Kalau buat, memang nampak macam boleh dapat extra cash untuk tampung keperluan lagi-lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.

Ada yang nampak peluang untuk jadikan duit tu sebagai modal pelaburan, ada juga yang harap boleh ringankan komitmen bulanan.

Ada yang nampak peluang untuk jadikan duit tu sebagai modal pelaburan/dana yang boleh digunakan untuk ringankan komitmen bulanan.

Tapi… betul ke semua ni seindah yang kita bayangkan?

Keputusan Ini Bukanlah Boleh Dibuat Secara Terburu-Buru!

Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu diteliti, terutamanya kesan jangka panjang pada kewangan kita.

Jadi sebelum buat keputusan, pastikan anda betul-betul ambil kira dan pertimbangkan beberapa perkara penting terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang dokumen.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Refinance Rumah?

#1 Apa Tujuan Refinance Rumah?

jari menekan kalkulator di hadapan miniatur rumah dan duit syilling

Kredit: ภาพของJd8/canva

Memang ada pelbagai sebab kenapa orang pilih untuk refinance rumah, tapi satu perkara yang sama nak dapatkan tunai tambahan.  

Tunai inilah yang selalunya jadi ‘penyelamat’, sama ada untuk renovasi rumah, pendidikan anak-anak, atau tampung kos perubatan yang tak dijangka.

Macam mana pula dengan anda? Apa sebenarnya tujuan anda nak refinance rumah?

#2 Dah Nilai Kos Jangka Panjang?

Ramai mudah tertarik bila nampak ansuran bulanan jadi lebih rendah. Rasa lega… siap nampak macam ada lebihan cash untuk guna ke arah lain.

Tapi di sebalik rasa “ringan” tu, ada perkara yang sering terlepas pandang. Tempoh pembiayaan biasanya akan jadi lebih panjang dan di situlah komitmen sebenar bermula.

Dan bukan itu sahaja…

Bagaimana pula dengan kos guaman, takaful dan penilaian hartanah? Dah betul-betul ambil kira semuanya?

#3 Apa Keutamaan Anda?

ibu mendukung anak perempuan sambil pegang lukisan gambar hati

Kredit: Odua Image/canva

Memang rasa lebih tenang bila komitmen bulanan jadi lebih rendah lebih-lebih lagi untuk golongan bekerja dan keluarga muda.

Namun, jangan sampai kita terlepas pandang bahawa tempoh pembiayaan yang akan menjadi lebih panjang bermaksud komitmen kewangan juga akan berpanjangan.

Jadi, mana satu yang jadi keutamaan anda?

#4 Tahu Ke Terma & Syaratnya?

Jangan biarkan “duit masuk” jadi satu-satunya fokus.

Fahami betul-betul kadar keuntungan, cara pengiraan, serta terma-terma dalam kontrak. Penalti penyelesaian awal dan klausa tersembunyi, semua ini boleh beri kesan besar tanpa kita sedar.

Jadi, jangan teragak-agak untuk bertanya. Keputusan yang besar perlukan kefahaman yang jelas.

#5 Mana Nak Cari Pembiayaan? 

Keputusan ini bukan sekadar untuk setahun dua, tapi boleh melibatkan tempoh berpuluh tahun lamanya.

Sebab itu, memilih institusi kewangan yang boleh dipercayai bukan lagi pilihan—tetapi satu keperluan.

Kredit: David Stanciu/canva

Tak semestinya dengan bank, koperasi pun boleh. Tapi yang penting, pastikan koperasi tersebut ada rekod yang baik, tadbir urus yang telus, dan patuh Syariah.

Nampak biasa, tapi sebenarnya ada banyak kelebihan refinance dengan koperasi patuh Syariah ni.
Jom tengok antara kelebihannya…

  • Struktur pembiayaan berteraskan prinsip Syariah
  • Proses lebih fleksibel untuk sesetengah profil pemohon
  • Fokus kepada kebajikan dan keperluan anggota

Apa pun keputusannya, refinance rumah ni kena ada perancangan jangka panjang. Pastikan tempoh pembiayaan yang dipilih seimbang dengan kemampuan sekarang dan juga masa depan.

Jika Dah Decide Untuk Refinance Rumah… 

Nak cari koperasi patuh Syariah yang boleh dipercayai? CoopBank Pertama (CBP) kan ada!

Poster of Co-opbank Pertama's home refinancing promotion

Kredit: CoopBank Pertama

CBP tawar refinance melalui pembiayaan perumahan-i Al-Amali, pembiayaan yang lebih beretika dan berperingkat, sesuai untuk individu yang ingin menyusun semula komitmen kewangan.

poster pembiayaan perumahan i al amali cbp

Kredit: CoopBank Pertama

Selain tu, CBP juga memberikan:

  1. Kemudahan pembiayaan semula rumah patuh Syariah, dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun (bagi pemohon tidak melebihi umur 70 tahun)
  2. Tak kira sama ada rumah teres, rumah berkembar, pangsapuri atau flat, pembiayaan ini merangkumi pelbagai jenis hartanah untuk memenuhi keperluan anda
  3. Had pembiayaan sehingga RM10 juta
  1. Kadar keuntungan yang kompetetif
  2. Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTT, yuran guaman & takaful kebakaran)

Nampak menarik, kan?

Kalau anda masih berkira-kira nak refinance rumah, dapatkan maklumat lanjut di www.cbp.com.my atau kunjungi cawangan Co-opbank Pertama (CBP) yang berdekatan dengan anda.

SINAR Muzik Retro Terbaik