Artikel ini ditaja oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad
Setiap orang ada cara masing-masing untuk rancang simpanan masa depan. Ada yang pilih tabung persaraan, sebahagian lain suka menyimpan dalam akaun simpanan dan tak kurang juga yang memilih simpanan emas.
Bagaimana pula dengan anda?
Bila bercakap tentang emas, ramai wanita terutamanya akan terbayang pulut dakap, lipan, bun, ketupat dan bulu jagung. Ada banyak lagi nama lain tau.
Tak kurang juga yang membayangkan gold bar.
Tidak kiralah emas mana satu pilihan anda, ianya tetap bernilai...
Kenapa Pilih Emas?
Salah satu faktor dah tentulah nilainya yang sering meningkat dalam tempoh yang panjang.
Walaupun harga emas ada turun naik mengikut pasaran, ramai masih melihatnya sebagai salah satu cara untuk menyimpan nilai dan membuat persediaan untuk masa depan. Sebab itu ada yang membeli sedikit demi sedikit waktu harga rendah, mengikut kemampuan masing-masing.
Aset Mudah ‘Cair’
Selain dijadikan simpanan, emas adalah aset mudah ‘cair’ terutamanya saat kecemasan, ketika kita benar-benar memerlukan wang.
Iyalah kalau nak jual rumah, sudah tentu lebih lama masa diperlukan.
Ketika ini emas menjadi sumber paling pantas untuk mendapatkan dana tambahan dengan lebih mudah.
Walau Dah Dipakai, Tetapi Masih Bernilai
Berbeza dengan sesetengah bentuk simpanan lain, emas boleh dipakai dan pada masa sama dijadikan simpanan.
Barang kemas misalnya bukan sekadar aksesori. Ia masih mempunyai nilai yang boleh digunakan pada masa akan datang.
Tak Perlu Pun Jual Emas, Ar-Rahnu Kan Ada!
Ramai beranggapan jika perlukan wang, emas perlu dijual.
Sebenarnya ada pilihan lain yang membolehkan pemilik emas mendapatkan pembiayaan tanpa perlu menjual emas.
Salah satunya dengan perkhidmatan Ar-Rahnu CBP yang membolehkan emas digunakan sebagai cagaran dan ditebus semula selepas urusan selesai.
Lebih menarik, selain margin pembiayaan yang tinggi, Ar-Rahnu CBP akan beri perkhidmatan cuci barang kemas secara PERCUMA. Bukan tu je, urusan pembiayaan juga patuh syariah, dan ada jaminan keselamatan perlindungan takaful.
Urusan Gadaian Semula Kini Lebih Mudah
Tak perlu beratur dari pagi untuk gadaian semula. Ar-Rahnu CBP dah ada kemudahan digital!
Melalui Ar-Rahnu 360 CBP, pelanggan yang mempunyai akaun Ar-Rahnu aktif boleh melakukan gadaian semula (overlap) secara online tanpa perlu pergi ke cawangan.
Bagi yang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, kemudahan ini tentunya lebih memudahkan kerana urusan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jom Sertai Kempen Click & Win di CBP Untuk Peluang Menang Besar!
Anda ada akaun Ar-Rahnu aktif? Inilah masanya anda sertai kempen Click & Win di CBP.
Hanya layari laman web CBP, pilih Ar-Rahnu 360 dan lakukan gadaian semula (overlap) secara online. Setiap transaksi yang layak berpeluang sertai kempen ini.
Apa hadiah menarik yang menanti pelanggan?
Ada banyak hadiah menarik yang padu! Termasuklah iPhone 17 Pro, Samsung Galaxy S26, iPad Air, Apple Watch, Samsung Galaxy Buds3 Pro dan pelbagai lagi hadiah menarik lain.
Apa tunggu lagi? Kempen Click & Win berlangsung mulai sekarang hingga 31 Oktober 2026. Info lanjut, layari laman web CBP atau kunjungi cawangan CBP berhampiran anda!