Skip to main content

Gaya Hidup

Asyik Kata ‘Nanti’? Bila Masa Terbaik Untuk Mula Menyimpan?

 

Kredit: szefei/Getty Images & 80Stocker/Canva

Setiap bulan bila gaji masuk je, mesti terasa ‘kaya’ kan? 

Tapi perasaan tu biasanya tak lama…

Lepas bayar bil, isi minyak, beli barang dapur, belanja anak-anak dan urus macam-macam komitmen lain, tahu-tahu baki gaji dah tinggal cukup-cukup makan je sampai hujung bulan.

Simpanan? Niat nak menyimpan terpaksa ditangguhkan lagi ke bulan depan… 

 

 

Asyik Rancang, Tapi Tak Jadi-Jadi…

Sebenarnya, bukan tak nak menyimpan. Bukan juga tak sedar kepentingan menyimpan terutamanya untuk hari tua. Cuma setiap kali nak mula mesti ada keperluan lain yang lebih mendesak.

Waktu tu la kereta perlu diservis, barang sekolah anak nak kena beli, ada kecemasan, kenduri saudara mara atau masalah kesihatan. Macam-macam lah!

 

Sebab itu ramai yang terpaksa menangguhkan niat untuk menyimpan walaupun tahu ianya penting.

Tak Semestinya Perlu Ada Lebihan Yang Banyak 

Hakikatnya, setiap orang mempunyai cara dan kemampuan yang berbeza dalam membina simpanan. Ada yang mula dengan mengasingkan sedikit daripada gaji, ada yang simpan baki selepas selesai bayar komitmen bulanan dan ada juga yang tetapkan jumlah tertentu yang mereka mampu setiap bulan. 

Apa yang penting ialah membina tabiat menyimpan yang sesuai dengan keadaan kewangan masing-masing. Walaupun jumlahnya kecil pada permulaan, simpanan yang dilakukan secara konsisten boleh membantu membina kedudukan kewangan yang lebih kukuh dalam jangka panjang.

 

Bagi simpanan persaraan pula, ia bukan medan perlumbaan nak ukur siapa yang lebih banyak duit. Sebaliknya, ia merupakan perancangan jangka panjang yang memerlukan masa dan disiplin. 

Sebab tu lagi awal kita mula, laaagi banyak masa dan tentunya lagi tinggi jumlah simpanan. 

Tak Tahu Nak Mula Daripada Mana?

Bila bercakap tentang simpanan persaraan, ramai yang sebenarnya kurang pasti tentang langkah pertama yang perlu diambil. Setiap individu mempunyai keperluan, matlamat dan keadaan kewangan yang berbeza.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan, KWSP menyediakan khidmat Penasihat Kewangan Persaraan (RA) untuk bantu ahli merancang simpanan persaraan berdasarkan keperluan, matlamat dan kedudukan kewangan masing-masing.

 

Bukan tu je, KWSP turut sediakan beberapa kemudahan lain bagi membantu ahli membina simpanan persaraan secara lebih konsisten mengikut kemampuan masing-masing:

i-Saraan & i-Saraan Plus

Auto Simpan

Jadi, Bila Masa Terbaik Untuk Mula?

Sebenarnya, tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Ada yang memilih untuk mula apabila keadaan kewangan lebih stabil, manakala ada juga yang menyimpan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan semasa.

Apa yang penting ialah membina tabiat menyimpan yang realistik dan boleh dikekalkan dalam jangka panjang. Walaupun bermula dengan jumlah yang kecil, langkah tersebut boleh menjadi asas kepada simpanan yang lebih kukuh pada masa hadapan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan perancangan persaraan dan pilihan simpanan yang tersedia, maklumat boleh didapati melalui Penasihat Kewangan Persaraan KWSP di cawangan KWSP berhampiran atau menerusi laman web rasmi www.kwsp.gov.my. 
 

SINAR Muzik Retro Terbaik