Skip to main content

Gaya Hidup

Dari Pantai Timur Hingga Bumi Kenyalang, Semangat Keselamatan Jalan Raya Satukan Rakyat Malaysia

Artikel ini ditaja oleh AEON Credit 

Ramai yang memilih motosikal sebab mudah, cepat dan tak perlu redah jem terutamanya waktu puncak. Tetapi ini tak bermakna kita boleh abai aspek keselamatan di jalan raya.

Bukan sekadar motosikal kena sentiasa berada dalam keadaan terbaik, helmet pun memainkan peranan penting untuk keselamatan optimum. Nampak kecil je kan, tapi impaknya besar!

Apa Yang Menariknya Program AEON Credit Ni?

Bukan sekadar tukar helmet lama kepada helmet baharu. 

Program ini bukti AEON Credit ambil berat keselamatan penunggang motosikal. Sebab itulah mereka laksanakan inisiatif Program Pertukaran Helmet di beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia sempena ulang tahun ke-30. Bermula 31 Ogos hingga 16 September yang lalu, program ini bermula di Kuala Lumpur, sebelum diteruskan di Pahang, Kelantan, Terengganu dan berakhir di Sarawak.

Melalui program ini, penunggang motosikal boleh menukarkan helmet lama kepada helmet baharu yang lebih selamat. Pada masa sama program ni membantu memberi kesedaran tentang kepentingan memilih helmet yang berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Bukan Semua Helmet Sama Je Ke?  

TAK! Ada helmet yang beri perlindungan minimum tetapi ada yang memberi perlindungan lebih menyeluruh, berkualiti dan menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan! 

Semua penunggang motosikal pakai helmet setiap hari, namun tidak semua helmet yang digunakan masih dalam keadaan baik atau sesuai untuk memberikan perlindungan optimum. Helmet yang sudah lama digunakan, rosak atau tidak memenuhi piawaian keselamatan boleh menjejaskan tahap perlindungan sekiranya berlaku kemalangan.

Dari Kuala Lumpur hingga Sarawak, sambutan yang diberikan membuktikan bahawa kesedaran tentang keselamatan jalan raya semakin meningkat.

Melalui program seperti ini, diharap lebih ramai penunggang menyedari kepentingan menggunakan helmet yang selamat dan berkualiti. Lagipun, helmet bukan sekadar aksesori. Ia antara perlindungan paling penting untuk penunggang ketika berada di jalan raya.

Nak tahu apa lagi program menarik daripada AEON Credit? Jangan lupa ikuti website dan Facebook, Instagram AEON Credit Service Malaysia.  

SINAR Muzik Retro Terbaik