Skip to main content

Gaya Hidup

Kulit Sihat Bukan Sekadar Nampak Seri! Ini Yang Ramai Tak Sedar…

Artikel ini ditaja oleh Eucerin

Kredit: Eucerin

Ramai fikir kalau kulit dah nampak cerah dan berseri, semuanya dah okay.

Tidak semestinya, ya!

Bila bercakap tentang penjagaan kulit, ada beberapa faktor lain yang perlu diberi perhatian.  

Jangan tak percaya, ada faktor yang kita anggap remeh, tetapi impak dia besar pada kesihatan kulit. 

Nak Kulit Sihat? Ini Yang Anda Kena Jaga! 

#1 Minum Air Secukupnya

Apa kaitan minum air dengan kesihatan kulit? 

Nampak macam takde kaitan kan? Tapi sebenarnya, hidrasi mainkan peranan penting dalam membantu kulit kekal segar dan tak nampak kusam. 

Bila badan tak dapat air yang cukup, kulit jadi lebih kering, kurang bermaya dan hilang seri semula jadi.

#2 Stresssssnya!!!

Semua orang ada cabaran masing-masing. Ada yang dengan tekanan kerja, komitmen harian tak kurang juga gaya hidup yang sibuk. Semua ni boleh beri kesan pada tubuh.

Sebab itu, kita kenalah urus stres dengan baik 

Kredit: charliepix/canva

3. Kualiti Tidur Yang Baik

Tidur bukan sekadar berehat semata-mata.

Waktu tidur ni la, tubuh jalankan pelbagai proses pemulihan yang penting. Jadi kalau tidur tak cukup, proses pemulihan ni pun tak lengkaplah. 

Kesannya, kulit nampak letih dan kurang bermaya. 

4. Sinaran UV, Cuaca & Habuk? Arghh Tolong!

Setiap hari kita terdedah kepada sinaran UV, cuaca panas, pencemaran dan habuk. Kalau berterusan, dah tentulah boleh jejaskan kesihatan kulit. 

Jadi, kenalah setiasa jaga diri. Guna perlindungan sewajarnya. Lebih-lebih lagi untuk yang selalu bekerja di luar.

Kredit: Quality Stock Arts/canva

5. Pemakanan & Gaya Hidup

Ha, you are what you eat! 

Makanan tak seimbang, kurang rehat, gaya hidup tak sihat.. Semua ni boleh beri kesan jangka panjang. 

Jadi, nak dapatkan kulit yang sihat perlukan pendekatan yang lebih menyeluruh, bukan hanya bergantung kepada produk penjagaan kulit semata-mata.

Nak Kulit Lebih Cerah? Pilih Rutin Brightening Yang Sesuai!

 

Nak jaga diri dan dapat kulit yang sihat bukan setakat sehari. Kenalah amalkan secara konsisten. Selain faktor kat atas tu, berikan penjagaan ekstra untuk kulit dengan menggunakan produk yang tepat dan bersesuaian. Barulah dapat hasil yang kita inginkan.

Paling penting, pastikan produk tu ada ujian klinikal dan penyelidikan macam Eucerin Spotless Brightening Booster Serum dan Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence.

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 

Kredit: Eucerin

Serum ni terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan bintik hitam dari akar, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri. Ia diperkaya dengan Thiamidol, bahan aktif anti-bintik hitam yang paling berkesan. Inilah pilihan pakar penjagaan kulit. 

Eucerin Spotless Brightening Boosting Essence

Kredit: Eucerin

Essense pula melengkapkan rutin brightening harian dengan manfaat 4-dalam-1 iaitu Thiamidol, Hyaluron, Panthenol dan Carnitine yang membantu:

  • Memberikan hidrasi kepada kulit
  • Menyokong skin barrier
  • Membantu penjagaan pori
  • Menjadikan kulit lebih segar dan berseri

Kedua-dua produk ni diformulasikan dengan THIAMIDOL yang dipatenkan bagi mengurangkan masalah hiperpigmentasi. Tak hairanlah rangkaian ini menjadi pilihan ramai pengguna, termasuk selebriti Kwong Ling Ling. 

Nak Kulit Kekal Berseri, Tanpa Cela Macam Kwong Ling Ling?

Kredit: Eucerin

Gunakan Eucerin Spotless Brightening secara konsisten setiap hari.

Dapatkannya hari ini di Watsons. Info lanjut, layari laman web dan Facebook Eucerin Malaysia.

SINAR Muzik Retro Terbaik