Skip to main content

Gaya Hidup

POV: Ibu Ayah Baru: Kulit Kering & Gatal, Ingatkan Normal. Rupa-Rupanya...

Artikel ini ditaja oleh Eucerin

Kredit: Shisuka/Canva & Tatiana Maksimova/Canva

Bila pertama kali jadi ibu ayah, memang banyak perkara baru kita belajar. Dari cara mandikan bayi, cara penyusuan, cara penyimpanan stok susu, cara tidurkan bayi sehinggalah kepada mencari punca mengapa bayi menangis tak henti. Orang kata the struggles is real. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa baharu. 

Sejujurnya ramai yang lalui fasa itu…

Ada hari semuanya nampak okay. Lampin dah ditukar, dah dimandikan dan dah diberi susu, tetapi si manja masih kelihatan resah. Sebagai ibu bapa baru, sudah tentu ada 1001 persoalan bermain di fikiran. 

 

Kredit: Odua Images/Canva

Apa Punca Si Manja Resah? 

Pernahkah anda terfikir, antara punca si manja kelihatan resah kerana kulitnya kering? 

Jika anda sendiri pernah mengalami kulit yang mudah kering, pasti anda boleh memahami situasi ini. Ada kalanya kulit terasa kasar, kelihatan bersisik dan menimbulkan rasa kurang selesa. Namun, tidak semua kulit kering adalah sama.

Antara Tanda Kulit Kering dan Sensitif Yang Sering Diperhatikan Ibu Bapa

Ada beberapa tanda, antaranya: 

  • Muncul tompok kasar terutama di pipi, tangan atau kaki 
  • Bayi kerap menggosok atau menggaru badan
  • Bayi kerap terjaga dan menangis pada waktu malam
  • Kulit bersisik dan menggelupas. 
  • Perubahan tekstur kulit yang ketara pada sesetengah bahagian badan.

Anak anda ada tanda-tanda ini? Kulit yang kering bukan sekadar nampak di luar saja. Kadang kadang, ia boleh buat bayi cepat meragam, kerap menggaru atau menggosok dan susah tidur lena.

 

Kredit: Leung Cho Pan/Canva

Jika anda berasa keadaan kulit si manja menimbulkan kebimbangan, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan yang berkaitan. Namun untuk penjagaan harian terutamanya untuk ibu bapa, anda boleh memulakan rutin yang membantu mengekalkan kelembapan kulit agar si manja berasa lebih selesa setiap hari.

Ini Antara Rutin Melembapkan Kulit Yang Ramai Terlepas Pandang

Apa rutin anda? Paling penting kenalah konsisten!  

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan Eucerin Omega ATO-Calming range yang diperkaya dengan Omega oils dan lipid, rangkaian ini membantu menyokong fungsi perlindungan semula jadi kulit sambil mengekalkan kelembapan agar kulit berasa lebih selesa sepanjang hari.

 

Kredit: Eucerin

Hanya 3 langkah mudah, sesuai untuk ibu bapa baharu dengan rutin harian yang padat padat:

#1 Omega ATO-Calming Bath & Shower Oil: Membersihkan kulit dengan lembut sambil membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. 

#2 Omega ATO-Calming Balm: Membantu memberikan kelembapan sehingga 48 jam untuk kulit kering dan sensitif.

#3 Omega ATO-Calming Face Cream: Dirumus khas untuk penjagaan kulit wajah yang kering dan sensitif, membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah serta memberikan rasa lebih selesa pada bahagian yang lebih terdedah kepada kekeringan seperti pipi dan sekitar muka.

 

Kredit:  Eucerin

Tak kisah anda jenis ibu ayah yang cepat risau atau yang lebih relaks. Apa yang penting, bukan sahaja memastikan anak tenang tetapi anda juga anda dalam keadaan selesa. Bila ibu dan ayah selesa, sudah pasti kita dapat mengawal dan memberi penjagaan terbaik kepada si manja.  

Nak Jadikan Penjagaan Kulit Sebahagian Daripada Rutin Harian?

Dapatkan Eucerin Omega ATO-Calming range di Watsons, Guardian dan Farmasi berhampiran atau  secara online di Shopee & Lazada
 

SINAR Muzik Retro Terbaik