Penyanyi, Shila Amzah mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sudah terlalu letih untuk melayan segala konflik yang berlaku dalam keluarganya ketika ini.

Berusia 33 tahun, Nurshahila Amir Hamzah atau mesra disapa Shila mendedahkan isu penjualan rumah yang didiami ibunya Fauziah Sarman dan adik-beradik termasuk Amir Syafiq serta Syada Amzah membuatnya terkesan.
Advertisement
“Individu seperti Syafiq memang tidak sedar diri, selalu letak kesalahan pada orang lain.
“Saya sudah terlalu penat untuk menghadap semua ini sebab mereka terus-terusan mendedahkan saya, saya tak boleh diam diri,” katanya sambil menitiskan air mata.
Malah, dia sangat kecewa dengan adik-beradiknya yang menyimpan dendam sehingga berniat mahu menghancurkan karier seninya.
“Ada ke adik-beradik buat hantaran yang nak dedahkan kisah sebenar mengenai Shila Amzah dan ceritakan hal sebenar kepada semua orang.
“Saya masih ingat perasaan gembira ketika mereka semua dilahirkan dan mempunyai adik lelaki. Namun, hari ini mereka buat saya seperti orang jahat,” katanya.
Tambahnya, sikap adik lelakinya yang tidak henti-henti bercakap buruk mengenai dirinya dalam media sosial membuatkan dirinya begitu sedih.
Dia juga memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana mengetahui status kewangan adik-adiknya.
“Kalau saya tiada iman dan berada di negara barat, setiap seorang mesti sudah kena (tindakan undang-undang).
“Tapi takkan saya nak buat macam itu sebab mereka pun bukan ada duit nak bayar apapun,” jelasnya lagi.
Shila sekali lagi membidas Syafiq yang sengaja mengguna namanya untuk menarik perhatian ramai bagi memperbesar-besarkan isu keluarga mereka.
“Kau guna nama kakak untuk tarik perhatian dan nak terangkan ‘kebenaran’ yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap dalam kisah dongeng sendiri?
“Kenapa takut dan ‘mute’ aku kalau kau betul?
“Aku sudah sampai limit ini dan ada semua resit. Jangan ingat aku diam sebab aku bang*ng,” tegasnya.
Malah, Shila juga mencabar Syafiq untuk berjumpa bagi menyelesaikan konflik antara mereka dan menghentikan untuk memburuk namanya di media sosial.
Sumber: Kosmo Online