
Fyna Jebat akhirnya mengakui yang dirinya sudah bergelar isteri yang sah kepada jurulatih pasukan bola sepak Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Advertisement
Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat mengesahkan perkara itu selepas selesai satu program TV di Shah Alam semalam.
"Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.
"Harap dapat doakan saya dan keluarga," katanya ketika ditemui di Plaza Alam Sentral malam tadi.
Bagaimanapun Fyna enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Kakak kepada Fyna, Ayda Jebat turut memuji keberanian adiknya untuk berkongsi perkaran itu kepada semua pihak.
"Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
"Terima kasih atas doa kepada kami," katanya.
Sumber : Media Hiburan