Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Oyen Lari Selamatkan Diri, Zoo Negara Dilanda Banjir

Zoo Negara Malaysia dilanda banjir kilat semalam apabila hujan lebat berterusan turun di kawasan itu.

oyen lari selamatkan diri, zoo negara dilanda banjir

Namun, kucing Oyen yang tular hidup bersama sekumpulan capybara di Zoo Negara itu turut terselamat daripada bencana banjir kilat.

Advertisement

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana, dia memaklumkan kucing itu bijak dan pantas menyelamatkan diri dengan mencari teduhan apabila air sudah naik.

“Selain Oyen, semua haiwan berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Bagaimanapun, ia sempat dimasukkan kembali ke dalam kawasannya oleh kakitangan kami.”

“Keadaan banjir kilat pada petang semalam tidaklah seteruk seperti sebelum ini dan kerja pembersihan seluruh kawasan telah dibuat malam tadi,” katanya.

Tambahnya, Zoo Negara mula beroperasi seperti biasa sejurus kerja-kerja pembersihan di seluruh kawasan zoo.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Bomba Sukarela Gombak dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tanpa mereka, dua hari kerja pembersihan pun tidak akan siap kerana kami tiada mesin-mesin yang digunakan untuk pembersihan seperti mereka.

“Kebetulan pula sewaktu kejadian itu berlaku, kakitangan kami masih belum pulang dan merekalah yang mengawal kawasan yang terjejas,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik