Skip to main content

Advertisement

General

Dek Kerana Mahu Foto Kahwin Lebih ‘Estetik’, Letupan Mercun Lewat Malam Undang Kemarahan Penduduk

Foto janaan AI

Dalam usaha mendapatkan hasil gambar perkahwinan yang unik dan memukau, jurugambar lazimnya akan mencadangkan pelbagai idea kreatif melibatkan konsep, lokasi bahkan waktu penggambaran.

Advertisement

Namun, tindakan sepasang pengantin yang memilih untuk mengadakan sesi fotografi dengan latar letupan mercun pada waktu malam telah mencetuskan kontroversi.

Keghairahan mengejar gambar yang kelihatan ‘estetik’ dilihat mengabaikan ketenteraman awam, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai @hunnyrara meluahkan rasa tidak puas hati apabila waktu rehatnya terganggu akibat bunyi mercun pada lewat malam.

“Orang bodoh mana ni? aku mmg panas hati je, dah la bukan korg je berkali org aku hadap main mercun pepagi buta kul 12.50 mlm buat photoshoot kahwin ke apa tah eh,” tulisnya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut bukan sahaja mengganggu dirinya, malah turut memberi kesan kepada anak kecilnya yang sukar untuk tidur seperti biasa.

Sebagai tanda protes, individu berkenaan bertindak menyuluh laser ke arah lokasi penggambaran yang dipercayai berhampiran kawasan kediaman.

Keadaan kemudian dilaporkan menjadi tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara pihak terlibat, malah individu tersebut turut memanggil mereka untuk bersemuka.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan parkir berhampiran De Bayu Apartment, Setia Alam.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai, dengan rata-rata warganet mengecam tindakan tersebut yang dianggap tidak peka terhadap ketenteraman orang awam.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik