Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Zara Zya Dedah Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap Satu

zara zya dedah hidap kanser buah pinggang tahap satuFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Zara Zya, 40, baru-baru ini mengesahkan bahawa dia sedang menghadapi kanser sel buah pinggang tahap satu.

Advertisement

Keadaan ini dikesan selepas beberapa simptom yang dialaminya mula menunjukkan tanda-tanda serius.

Dalam perkongsian di media sosial, Zara mendedahkan bahawa tubuhnya sudah lama memberi isyarat melalui gejala seperti cepat letih dan hidung kerap berdarah.

“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah, denyutan yang berulang… sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap 1,” tulisnya di Threads.

Pada awalnya, dia tidak menyangka simptom tersebut serius, namun pemeriksaan perubatan akhirnya mengesahkan keadaannya.

Zara telah menjalani pembedahan sebagai sebahagian daripada rawatan terhadap kanser ini, dan dia mengucapkan terima kasih kepada peminat serta rakan artis yang tidak henti memberikan doa dan sokongan moral sepanjang tempoh ini.

Ramai yang turut mendoakan supaya Zara terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Pelakon itu turut menasihati orang ramai agar tidak mengabaikan tanda-tanda yang diberikan oleh tubuh sendiri.

“Please, jangan abaikan isyarat tubuh kita,” ujarnya lagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal sangat penting kerana ia boleh membantu dalam diagnosis dan rawatan yang lebih efektif, sekali gus meningkatkan peluang pemulihan.

Sumber: Threads

SINAR Muzik Retro Terbaik