Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 6 petang.

Malah, antara negeri yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
Advertisement
Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya juga, dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
“Kedah antaranya di Kubang Pasu dan Padang Terap, Terengganu antaranya di Dungun dan Kemaman, Pahang antaranya di Pekan dan Rompin.
“Negeri Sembilan di Jempol dan Tampin, Johor antaranya di Segamat dan Kluang, manakala Sabah di Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Sumber: Kosmo Online