Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warganet Tak Puas Hati, Belia Hingga Usia 35 Tahun Kena Sertai PLKN?

Baru-baru ini, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui belia berusia sehingga 35 tahun perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang sebelum ini dimansuhkan pada 2018.

warganet tak puas hati, belia hingga usia 35 tahun kena sertai plkn?

Menurut hantaran seorang pengguna dikenali sebagai @connerylazenby di aplikasi X, dia memuat naik tangkap layar artikel sebuah media tempatan mengenai pengumuman itu.

Advertisement

Di dalam artikel berkenaan, media tempatan tersebut melaporkan bahawa PLKN baharu akan disasarkan kepada golongan belia antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di tingkatan lima.

Susulan itu, pelbagai reaksi yang boleh didapati daripada berita ini dan ada juga yang bersetuju kerana tidak berpeluang sebelum ini untuk menyertai PLKN.

“Kena ambil ‘unpaid leave’ (cuti tanpa gaji) atau kerajaan tanggung gaji? Kenapa sampai umur 35 kenapa tak sampai umur 30 tahun je? Umur 30 tahun ke atas itu dah fokus pada karier, keluarga, stabilkan kewangan dan lain-lain,” komen Ein.

Namun, apa kata anda? Patut ke tidak PLKN ini dipanjangkan penyertaannya kepada belia usia 35 tahun?

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik