Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warga Emas ‘Berputih Mata’, Wang Tunai RM46,000 Lesap - “Suspek Sempat Beli Telefon Pintar Guna Wang Tersebut”

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila wang tunai sebanyak RM46,000 milik seorang warga emas lesap sekelip mata.

Kejadian berlaku apabila kad yang tersangkut di mesin juruwang automatik (ATM) ditukar individu yang kononnya membantu mengeluarkan kad itu.

Advertisement

warga emas ‘berputih mata’, wang tunai rm46,000 lesap - “suspek sempat beli telefon pintar guna wang tersebut”

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh, mangsa berusia 62 membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

Malah, mangsa memaklumkan dia cuba untuk keluarkan wang daripada ATM di bank di Banting tetapi kad itu tersangkut.

"Seorang individu lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di tempat itu membantu mangsa untuk mengeluarkan kad dan berjaya.

"Kad ATM itu diserahkan kepada mangsa tanpa mangsa mengesyaki apa-apa.

"Pada 9.30 pagi Isnin, mangsa sekali lagi ke bank lain dan cuba mengeluarkan wang tetapi tidak berjaya. Mangsa terus merujuk masalah itu di kaunter bank dan mendapati kad itu bukan miliknya.

"Semakan akaun pengadu mendapati terdapat beberapa penggunaan kad ATM miliknya untuk membuat belian dan transaksi lain berjumlah RM46,000 membabitkan 23 transaksi," katanya.

Tambahnya, pihak polis melakukan siasatan lanjut dan mereka mendapati transaksi bagi pembelian telefon bimbit bernilai RM3,700 di daerah Klang.

"Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis kedai jual telefon bimbit di Kapar, Klang menunjukkan ada sepasang disyaki suami isteri membuat pembelian telefon bimbit jenis iPhone 13 menggunakan kad ATM milik mangsa.

"Mangsa sekali datang membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Polis kini sedang berusaha mengesan suspek yang berumur lingkungan awal 30an," katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 yang disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik