Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM30,000 telah lesap dimakan anai-anai.

Zainab Sulong atau mesra dipanggil Mek Nab tak sangka wang simpanan itu telah rosak dan dia menyedari kejadian itu apabila anaknya yang memberitahu kepadanya.
Advertisement
Menurut cucunya iaitu Khairul Azhar Mat Nawi wang simpanan itu adalah hasil titik peluhnya menjual kuih secara kecil-kecilan sejak beberapa tahun lalu.
“Kami memang tahu nenek hendak pergi haji tahun depan dengan syarikat swasta, saya fikir mungkin duitnya sudah cukup.
“Tetapi kami tak tahu rupanya dia ada simpan duit sebanyak tu dalam kain bawah kotak di rumahnya dan kalau tahu tentu kami tak benarkan,” katanya.
Malah, wangnya itu masih disimpan secara tunai di rumahnya dan sudah lama tidak tengok wang lama itu.
“Duit itu bercampur mata wang Malaysia dan Thailand dengan nilainya mencecah RM30,000. Mungkin nenek sudah lama tak buka untuk tengok duit itu menyebabkan dimakan anai-anai,” jelasnya lagi.
Khairul memaklumkan wang itu akan dihantar kepada bank bagi proses penilaian kerosakan.
“Sebenarnya saya sudah pergi sebuah bank di Gua Musang bertanyakan isu ini dengan hanya menunjukkan gambar duit itu, namun pihak bank memberitahu kemungkinan tidak dapat penukaran duit baharu selepas melihat kepada tahap kerosakannya,” ujarnya.
Sumber: BuzzKini