Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ditipu Tawaran Kerja Dalam Talian, Warga Emas Hampir Rugi RM300,000

Lands-P-1.png

 

Advertisement

Seorang warga emas kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, warga emas yang berusia 71 tahun ini telah berkomunikasi dengan rakannya yang hanya dikenali dari Facebook pada 22 Ogos lepas.

Tambahnya, mangsa yang juga seorang peniaga dari Kuala Terengganu telah ditawarkan membuat kerja sambilan dengan menjual barangan secara dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.

"Mangsa yang berminat untuk menambah pendapatan telah membuat 14 kali bayaran menggunakan wang simpanannya ke beberapa akaun di bank berlainan seperti yang diarahkan suspek.

"Mangsa membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan pada masa sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sumber: BERNAMA

 

SINAR Muzik Retro Terbaik