Seorang pesara berusia 75 tahun tak menyangka duit simpanannya sebanyak RM540,047 telah lesap akibat diperdaya panggilan palsu mendakwa mangsa mempunyai satu rekod jenayah.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dia melakukan tindakan tersebut kerana takut dengan dakwaan ‘scammer’ tersebut.
Advertisement
Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan itu bertindak mengikut arahan diberikan.
Tambahnya, dia terus membuat laporan polis setelah menyedari perkara sebenar berlaku kepada dirinya.
“Mangsa maklumkan dia menerima panggilan melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. Pemanggil itu memberitahu mangsa mempunyai satu rekod jenayah.
“Kerana bimbang dirinya akan ditangkap dan ditahan reman, mangsa bertindak mengikut arahan pemanggil tersebut untuk memindahkan sejumlah wang ke sebuah akaun milik mangsa sendiri sebelum meninggalkan kad ATM beserta nombor pin di satu lokasi diarahkan.
“Mangsa tidak berasa curiga pada awalnya, namun pada awal bulan ini, pengadu membuat semakan terhadap akaun itu dan mendapati kesemua yang berjumlah RM540,047 telah dikeluarkan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online