Seorang warga asing melemparkan senyuman di wajahnya apabila menerima gaji sebanyak RM4,200 setelah berhempas pulas bekerja sebagai kontraktor di sebuah tapak pembinaan.

Menurut perkongsian video di laman TikTok @anuarnazif, lelaki dipercayai warga Bangladesh itu tanpa segan silu menunjukkan gajinya.
Advertisement
Malah, dia mengatakan hanya menyimpan sebanyak RM200 sahaja untuk keperluan makan dan minum manakala selebihnya akan dikirim ke kampung.
“Satu bulan saya kerja dapat RM4,200. Bos saya sudah kasi saya itu wang. Tapi semua saya kirim kampung, RM200 sahaja saya ambil.
“Saya baju tak ada beli, seluar tak ada beli. Semua duit hantar sama kampung,” jelasnya.
Mereka berdua kelihatan sangat gembira menunjukkan gaji yang diterima dalam bentuk wang tunai.
Sumber: Kosmo Online