Seorang wanita berkongsi perasaan kecewa apabila keadaan ibunya, yang merupakan pesakit strok menjadi lebih teruk selepas terpaksa menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Menurut perkongsian video di laman TikTok milik @Ummy FELLAH, dia mendakwa telah membawa ibunya ke Klinik Pakar Ortopedik dan Unit Radiologi pada Selasa lalu bagi melakukan sinar-X.
Advertisement
Dia menegaskan telahpun diberikan borang untuk tujuan rawatan itu sebulan yang lepas.
Namun, kakitangan di bahagian pendaftaran menyuruh ibunya menunggu giliran untuk berjumpa doktor meskipun dalam keadaan lemah di atas kerusi roda dan tidak boleh duduk terlalu lama kerana menghidap strok.
“Seorang lelaki di bahagian kaunter tegur sebab tengok mak duduk terbongkok atas kerusi roda, katanya sepatutnya sudah ada borang terus ke bahagian x-ray,” katanya.
Sumber: Kosmo Online