Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Benci Staf Toksik, Bertindak Tukar ‘Password’ Semua Staf Selepas Berhenti Kerja

Seorang wanita tak tahan layanan buruk staf bertindak menukar kata laluan semua mereka selepas berhenti kerja.

wanita benci staf toksik, bertindak tukar ‘password’ semua staf selepas berhenti kerja

Memetik laporan Wion News, wanita itu berkongsi mengenai persekitaran kerjanya yang toksik dan cara dia membalas dendam terhadap majikannya selepas berhenti kerja.

Advertisement

“Saya tidak boleh menggambarkan betapa teruknya saya dilayan dan semua pekerja lain bersama-sama melakukannya. Saya satu-satunya wanita dalam pasukan. Saya tidak pernah kurang ajar dengan mereka. 

“Pada satu petang, saya pulang kerja dan tidak pernah kembali. Saya menerima banyak panggilan di aplikasi Whatsapp mengenai kehadiran saya dan tidak menjawabnya. 

“Seminggu selepas berhenti kerja, saya mendapati masih dapat melog masuk akaun pengurus dan dia tidak menukar kata laluan. Akaun itu mempunyai seluruh pangkalan data restoran. 

“Saya memutuskan untuk menukar e-mel palsu dan menukar kata laluan semua orang jadi mereka tidak dapat mengaksesnya,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik