Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Hampir Kunyah Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu, Trauma Beli Makanan

Baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila nasi kerabu yang dibelinya mengandungi dawai kokot.

wanita hampir kunyah dawai kokot dalam nasi kerabu, trauma beli makanan

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita itu hampir mengalami kecederaan apabila menemui dawai kokot ketika sedang kunyah makanan itu.

Advertisement

“Jumpa masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat tulang, rupanya (dawai kokot). Terus report (buat laporan) di aplikasi penghantaran makanan, dan terus dihubungi.

“Ingat satu je (dawai kokot) tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semua ada 10 dawai kokot ditemui,” tulisnya.

Pelbagai spekulasi yang berlaku dan reaksi orang ramai terhadap kejadian yang berlaku kepada diri wanita itu.

Malah, ramai yang kecewa dengan kecuaian peniaga yang mengambil ringan mengenai kebersihan dan keselamatan ketika menyediakan makanan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik