Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ditahan Selepas Sembunyikan Kanak-Kanak Dalam Bagasi Ketika Naiki Bas

wanita ditahan selepas sembunyikan kanak-kanak dalam bagasi ketika naiki bas

Foto sekadar hiasan

Advertisement

Seorang wanita berusia 27 tahun telah ditahan pihak berkuasa New Zealand selepas didapati membawa seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang disembunyikan di dalam sebuah beg bagasi ketika menaiki bas.

Menurut jurucakap polis, Simon Harris, wanita tersebut kini berdepan pertuduhan atas kesalahan menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak.

Kejadian itu terbongkar apabila pihak berkuasa menerima laporan daripada sebuah depot bas di kawasan Kaiwaka, iaitu kira-kira 100 kilometer dari utara bandar Auckland.

“Pemandu bas mula berasa curiga apabila melihat pergerakan luar biasa pada salah satu beg bagasi. Beliau kemudian terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak berada di dalamnya dalam keadaan hampir lemas akibat kepanasan,” kata Harris dalam satu kenyataan.

Difahamkan, beg tersebut telah diletakkan di ruang simpanan bagasi yang terletak di bawah bas berkenaan.

Kanak-kanak itu telah segera dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Mujur tiada kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.

Kes ini kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa bagi menentukan motif sebenar dan keadaan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik