Tindakan seorang wanita mematahkan pokok dengan sengaja mengundang kecaman netizen.
Berdasarkan video yang tular di X, seorang lelaki dan wanita meletakkan kenderaan yang dinaiki mereka di bahagian tepi rumah pemilik CCTV.
Advertisement
Bagaimanapun, pokok yang ditanam di situ menyukarkan wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan untuk keluar daripada keretanya.
Akibat daripada itu, wanita itu terus mematahkan pokok menggunakan kakinya dan berlalu pergi.
Tindakan yang dianggap biadap dan tak sepatutnya dilakukan itu mengundang kecaman netizen.
“Macam tu je dia buat pokok tu sebab kena kereta dia.
“Weyhhh terkedu aku tengok. Orang tanam pokok situ sebab tak nak hang parking situ la. Haih. Dah la berjiran tapi duk buat tak ada common sense lak pergi patahkan pokok yang tak berdosa tu
“Ya Allah, apalah dengki sangat dgn pokok tu
“Pokok itu tak boleh gerak, kereta boleh gerak. Otak apa ni?!”, antara komen netizen.
Perangai B40. Dah tua pun bodoh, pic.twitter.com/tye5xQaehC
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 5, 2024