Seorang wanita mengakui tidak kisah ibunya menentukan jodohnya apabila berasa bahagia berkahwin dengan warga emas berusia 63 tahun.

Berusia 27 tahun, wanita ini memberanikan diri untuk berkahwin dengan warga emas berkenaan.
Advertisement
Menurut perkongsiannya di laman TikToknya, @anaamalia54, Ana Amalina memaklumkan dia sudah bernikah dengan lelaki berusia 63 tahun, Emen Hidayat.
“Kenal pada tahun 2018 selepas dijodohkan oleh ibu bapa. Usia saya 27 tahun dan suami 63 tahun,” katanya.
Malah, dia juga mengakui pada awalnya memang ibunya yang menjodohkan dia dengan Emen dan bapanya terkejut apabila mengetahui perkara tersebut.
“Saya dijodohkan mama,” katanya.
Sumber: Kosmo Online