Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting bertukar detik cemas apabila salah seorang daripada mereka dipercayai diganggu makhluk halus, hari ini.

Malah, keluarga itu juga terkejut apabila mangsa meracau sebelum ahli keluarganya menghubungi bomba.
Advertisement
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya dimaklumkan kes berkenaan dan anggota terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.24 tengah hari tadi.
Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting terlibat dalam operasi penyelamatan.
“Siasatan mendapati wanita itu mendaki bukit tersebut bersama lima ahli keluarganya. Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa dipercayai meracau dipercayai dirasuk makhluk halus,” katanya.
Tambahnya, mangsa dibawa turun menggunakan alat pengusung dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
“Operasi memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarga bagi tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Kosmo Online