Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Kecewa Ramai Tak Percaya Namanya ‘Baby Girl’

Seorang peniaga, Baby Girl Ariffin yang mempunyai nama unik ini sering menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan namanya.

wanita ini kecewa ramai tak percaya namanya ‘baby girl’

Namun, dia tidak kisah dan sudah terbiasa dengan situasi itu dan menganggap ia bukan perkara remeh sebaliknya dapat membantu pihak berkaitan mempermudahkan urusannya.

Advertisement

"Sebenarnya nama itu ibu saudara saya yang berikan. Tetapi dari kecil lagi saya sudah biasa dengan nama panggilan Baby Girl walaupun kesemua adik beradik mempunyai nama yang normal.

"Tetapi sejak kecil saya tidak pernah mengalami kesukaran disebabkan nama ini. Cuma ada yang terkejut dengannya lalu saya mengeluarkan kad pengenalan untuk memberi pengesahan ejaan yang tertera," katanya.

Pada permulaan, dia berasa kekok dan tidak selesa dengan penggunaan namanya tetapi lama kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik