Seorang pelanggan kepada ‘rider’ yang pernah tular suatu ketika dulu berkongsi berita gembira.

Dia pernah memberikan tip dan sekeping nota yang ditulis coretan hajatnya untuk mendapat zuriat.
Advertisement
“Abang, minta doakan saya dan isteri dapat zuriat,” tulisnya di nota tersebut.
Menurut perkongsian di laman Facebook, individu di sebalik nota sayu itu kini kembali tular dan menjadi perhatian ramai.
Tambahnya, doa-doa yang diucapkan rider itu dan rakyat Malaysia adalah asbab doa tersebut dimakbulkan Tuhan setelah isterinya kini disahkan hamil.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rider tersebut, disebabkan doanya dan rakyat Malaysia, isteri saya kini disahkan mengandung.
“Alhamdulillah dan syukur. Saya minta tolong carikan rider tersebut sebab saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya,” katanya.
Pelbagai reaksi diberikan warganet terhadap hantaran itu dan ramai mendoakan kesejahteraan buat pasangan ini yang akan menimang cahaya mata sulung.
Sumber: Kosmo Online