Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Didakwa Esok, Reka Cerita Jadi Perempuan Simpanan

Lands-P-24.png

Seorang wanita yang mendakwa dijadikan perempuan simpanan oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long di Pulau Pinang, menerusi satu sesi audio siar di laman sosial TikTok akan didakwa di mahkamah esok.

Advertisement

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata wanita itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown di bawah Seksyen Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan kes video viral di laman media sosial TikTok itu dilakukan esok kerana tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut telah mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 30 Sept lepas, media melaporkan tular video rakaman siaran langsung di aplikasi TikTok berdurasi enam minit 45 saat memaparkan perbualan hos audio siar bersama seorang pemanggil wanita.

Siasatan polis mendapati kejadian dia dipaksa bekerja tanpa gaji oleh ahlong di 'rumah merah' adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku malah wanita itu telah mereka cerita kejadian terbabit sekadar untuk meluahkan perasaan

Wanita itu turut mengaku membuat pinjaman wang dengan beberapa syarikat pemberi pinjam wang dan menerima ugutan daripada syarikat terbabit kerana gagal membayar hutang, malah ibunya yang berada di kampung turut menerima ugutan.

 

Sumber: BERNAMA

SINAR Muzik Retro Terbaik