Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 Lesap, Penyamun Kini Diburu Polis

Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 yang dilarikan penyamun di Semenyih kini disiasat pihak polis.

Malah, pihaknya juga giat memburu penyamun yang melakukan kegiatan tersebut.

Advertisement

wang bantuan awal persekolahan rm109,000 lesap, penyamun kini diburu polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, pihaknya telah menerima aduan pada pukul 12.17 tengah hari daripada mangsa.

Dilaporkan, wang tersebut telah disamun di depan sebuah bank di Kampung Baru Semenyih dan murid-murid di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata.

Wang persekolahan tersebut juga sepatutnya diagihkan sebanyak RM150 kepada setiap murid di sekolah berkenaan. 

“Selepas selesai urusan, mangsa meninggalkan wang itu yang disimpan dalam sebuah beg, di dalam keretanya jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa dapati cermin kereta miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya.

Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik