Skip to main content

Advertisement

Hiburan

4 Lagi Ladang Babi Di Pulau Pinang Positif Wabak ASF

Wabak Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dilaporkan semakin serius di Pulau Pinang apabila 11 ladang babi komersil telah dikesan positif wabak tersebut.

 4 lagi ladang babi di pulau pinang positif wabak asf

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, lebih empat lagi ladang disahkan positif ASF berbanding sebelum ini tujuh ladang telah dijangkiti wabak itu.

Advertisement

Jumlah yang semakin meningkat ini amat membimbangkan dan langkah proaktif untuk membendung perlu dilakukan.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah teruskan kerja-kerja persampelan dan dapati sehingga kini ada 11 ladang yang positif wabak berkenaan.

“Setakat ini, tiga buah ladang membabitkan 4,000 ekor babi telah selesai dilupuskan dan pelupusan akan diteruskan ke ladang-ladang yang lain selepas ini,” katanya.

Minggu lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF sebagai bencana setelah mengesan kes positif ASF di lima ladang babi komersial di dua daerah negeri itu.

Malah, babi yang dijangkiti dengan wabak tersebut akan dimusnahkan secara berperingkat.

Kaedah gas CO2 (Kepekatan Tinggi) yang mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pembuangan Haiwan akan digunakan untuk pemusnahan babi.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik