Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Warga Asing Cuci Sayur Sambil Berendam Dalam Tangki Air, Netizen Persoal Tahap Kebersihan

[video] lelaki berang warga asing cuci sayur dalam tangki air, netizen persoal tahap kebersihan

Tindakan seorang individu dipercayai warga asing yang mencuci sayur-sayuran di dalam tangki air mencetuskan kemarahan ramai, termasuk seorang lelaki yang merakam kejadian tersebut dan memuat naiknya di media sosial.

Advertisement

Menerusi satu hantaran, individu berkenaan dilihat berada di dalam sebuah tangki air sambil membersihkan sayur bayam. Kejadian itu sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap kebersihan sayur-sayuran yang dijual di pasaran, khususnya di pasar borong.

Dalam kapsyen yang dimuat naik, lelaki tersebut meluahkan rasa jijik dan marah terhadap perbuatan berkenaan.

“Kepada semua penggemar kangkung dan bayam, lihatlah sendiri. Jangan sesekali makan bayam atau kangkung beli di pasar borong,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mempersoalkan tahap kesedaran individu terbabit selain memberi amaran agar perbuatan sedemikian tidak diulangi kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Perkongsian itu pantas meraih perhatian netizen dan dibanjiri pelbagai reaksi, kebanyakannya meluahkan rasa risau terhadap kebersihan makanan serta prosedur kerja pekerja warga asing.

[video] lelaki berang warga asing cuci sayur dalam tangki air, netizen persoal tahap kebersihan

Seorang pengguna lain mengaitkan kejadian itu dengan kes lama yang pernah tular sebelum ini.

“Dulu ada kes warga asing meludah dalam botol air ketika proses pembuatan dalam kilang. Risau dengan kebersihan produk dengan ramai warga asing bekerja,” katanya.

Ada juga yang mencadangkan tindakan lebih tegas perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sepatutnya terus ambil tindakan dan buat laporan polis. Boleh cari majikan dia, biar mereka faham nak kerja macam mana (prosedur),” ujarnya.

Netizen lain pula menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan pemantauan rapi terhadap tahap kebersihan pekebun dan pengendali makanan.

“Mohon pihak berkuasa pantau tahap kebersihan pekebun seperti ini. Lama-lama boleh jadi penyakit,” katanya.

Insiden ini sekali lagi membuka mata masyarakat mengenai kepentingan kebersihan dalam rantaian bekalan makanan, selain keperluan pemantauan berterusan oleh pihak bertanggungjawab demi keselamatan dan kesihatan pengguna.

Sumber: Tiktok UtusanTV

SINAR Muzik Retro Terbaik