Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Varian Baharu COVID-19 'Kraken' Ancam Dunia, Kini Merebak Di Amerika Syarikat

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesan subvarian COVID-19 baharu pada 2022 dan ia dilaporkan menjadi strain dominan paling pantas merebak di Amerika Syarikat (AS).

varian baharu covid-19 'kraken' ancam dunia, kini merebak di amerika syarikat

Selain AS, kes membabitkan varian XBB.1.5 yang dikenali sebagai "Kraken" itu turut dikesan di 31 negara lain.

Advertisement

XBB.1.5 ialah subvarian Omicron XBB yang merupakan gabungan di antara dua strain terdahulu iaitu BA.2.75 dan BA.2.10.1.

Varian asal XBB telah menyebabkan gelombang jangkitan di negara-negara termasuk Singapura dan India sejak Oktober tahun lalu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menjangkakan kes terus melonjak menjelang akhir bulan, meliputi 41 peratus jumlah jangkitan.

Menurut Ketua Teknologi COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove, beliau memaklumkan angka melonjak melebihi 70 peratus di negeri-negeri di timur laut.

“XBB.1.5 ialah subvarian yang mudah berjangkit yang berjaya dikesan," ujarnya.

Pihak kesihatan menyeru orang ramai agar berjaga-jaga dan memberi amaran bahawa subvarian ini boleh menjadi lebih meluas dan menular secara senyap susulan penurunan dalam jumlah ujian.

Namun, WHO juga mencatatkan jangkitan disebabkan oleh XBB.1.5 kekal lebih rendah berbanding negara lain.

Sumber: WHO
 

SINAR Muzik Retro Terbaik