Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Trend Tayang Kemesraan Pasangan Belum Nikah di Media Sosial, Ustazah Asma Harun Pesan Jangan Normalisasi Maksiat

trend tayang kemesraan pasangan belum nikah di media sosial, ustazah asma harun pesan jangan normalisasi maksiatFoto: Instagram

Ustazah Asma Harun baru-baru ini menegaskan pentingnya wanita dan masyarakat Islam menjaga batas syarak dalam hubungan, khususnya pasangan yang belum bernikah.

Advertisement

Menurut beliau, trend memaparkan kemesraan pasangan di media sosial atas nama kerja atau content hiburan boleh mengakibatkan normalisasi maksiat, terutama jika netizen memuji tanpa menegur.

            ⁠“Malu dan memang tak patut, hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah, atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan, sweet comel ke apa. Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka,” tulis Ustazah Asma di Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa situasi ini lebih membimbangkan apabila dilakukan oleh pemimpin masyarakat atau individu muslim berpengaruh, kerana mereka sepatutnya menjadi contoh baik kepada generasi muda.

Ustazah Asma juga mengingatkan bahawa mendekati bulan Rejab dan Ramadan bukan alasan untuk terus memaparkan content yang melampaui batas syarak semata-mata untuk keuntungan atau marketing.

            ⁠“Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan, sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batasan Syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki?

“Atau asal dapat kaut banyak untung.. lepas tu bersihkan atau sedapkan hati dengan Sedeqah. Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk, perbuatan ini Salah Faham besar dan iya adalah tipudaya iblis,” katanya.

Dalam ciapannya, Ustazah Asma turut merujuk hadis Nabi Muhammad SAW mengenai golongan al-Mujahirin, iaitu mereka yang mendedahkan dosa sendiri:

            ⁠“Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan AL-MUJAHIRIN… Seorang lelaki melakukan dosa pada malam, kemudian bangun pagi dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia menceritakan kepada orang lain perbuatannya.” (Muttafaqun a’laih)

 

 

Beliau menjelaskan bahawa permainan halus syaitan adalah menjadikan maksiat tampak biasa, sehingga hilang rasa malu:

            ⁠“Jika malu sudah hilang, maksiat akan dinormalkan.”

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr: 39–40 turut dikutip untuk mengingatkan bahawa syaitan akan memperelokkan maksiat untuk menyesatkan manusia, kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.

Ustazah Asma juga menegaskan larangan mendekati zina seperti yang disebut dalam Surah al-Isra’, ayat 32, serta hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

            ⁠“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam… maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”

Pesan Ustazah Asma jelasnya memberitahu bahawa kita jangan mengabaikan batas syarak atas alasan hiburan, marketing, atau pengaruh sosial.

Setiap individu Muslim bertanggungjawab menjaga diri, memberi teladan yang baik, dan menghindari perbuatan yang boleh menyesatkan diri sendiri dan orang lain.

Sumber: Facebook

SINAR Muzik Retro Terbaik