Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Uqasha Senrose Fail Cerai, Rumah Tangga Didakwa Retak Sejak April

uqasha senrose fail cerai, rumah tangga didakwa retak sejak aprilFoto: Instagram

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya terjawab apabila pelakon wanita itu dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Advertisement

Menurut laporan media, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding sebutan cerai pertama.

Sumber terdekat mendedahkan bahawa hubungan pasangan itu dikatakan mula dingin sejak April, namun bukan disebabkan orang ketiga. Difahamkan, Uqasha kini tinggal bersama ibunya dan tidak lagi menetap sebumbung dengan Kamal.

Beberapa hantaran berbaur luahan di media sosial Uqasha sebelum ini turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Bagaimanapun, ketika muncul di program MeleTOP malam tadi, Uqasha memilih untuk tidak mengulas lanjut dan hanya berkata dia mahu memberi fokus pada kerjaya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Sumber: Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik