Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemuda Terkejut Terjumpa Ular Beku Dalam Aiskrim

pemuda terkejut terjumpa ular beku dalam aiskrim

Foto: Facebook

Advertisement

Seorang lelaki dari Ratchaburi, Thailand terkejut apabila menemui ular berbisa membeku di dalam aiskrim yang dibelinya.

Memetik artikel The Thaiger, lelaki berkenaan memaklumkan ular tersebut ditemui di bahagian atas aiskrim kacang hitam yang dibelinya pada 4 Mac.

"Ular bermata rusa, awak hidup lagi ke? Aiskrim kacang hitam. Ini gambar sebenar dan situasi sebenar. Saya sendiri yang beli aiskrim ini," tulis lelaki itu di media sosial miliknya.

Dalam pada itu, gambar yang dikongsi lelaki berkenaan menunjukkan keseluruhan badan ular tersebut melingkar dan membeku bersama aiskrim kacang hitam itu.

Rentetan daripada tularnya gambar itu di media sosial, warga maya cuba untuk meneka spesies ular tersebut.

Melihat kepada warna kulit, ramai yang meneka ular berkenaan mungkin spesis chrysopelea ornata, dikenali sebagai ular pokok emas atau ular terbang.

Untuk makluman, di Thailand, ular itu turut dipanggil dengan nama ular Khiao Phra-in. Khiao bermaksud hijau dan Phra-in merujuk kepada Tuhan Hindu Indra yang berkulit hijau.

Sementara itu, warga maya turut menasihatkan lelaki berkenaan agar tidak memakan aiskrim yang berisiko itu terutamnya dapat dipastikan bahawa proses penghasilannya sememangnya tidak bersih.

Tidak ketinggalan, warga maya turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pengeluar aiskrim berkenaan.

Tegas mereka, jika seekor ular boleh ada di dalam aiskrim itu, tidak terkecuali bahan-bahan tercemar yang lain turut ada.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik