Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ujibakat Penyampai Emas SINAR Meriah di Astro Bukit Jalil, Puluhan ‘Suara Emas’ Buktikan Usia Bukan Halangan!

ujibakat penyampai emas sinar meriah di astro bukit jalil, puluhan ‘suara emas’ buktikan usia bukan halangan!

Suasana di Astro Bukit Jalil hari ini gamat apabila puluhan peserta daripada pelbagai latar belakang hadir mencuba nasib dalam ujibakat Penyampai Emas SINAR, sekali gus membuktikan bahawa impian tidak pernah mengenal usia.

Advertisement

Pernah terlintas di hati untuk menjadi penyampai radio tetapi merasakan usia sudah lewat? Tanggapan itu nyata meleset apabila program anjuran SINAR FM ini berjaya menarik penyertaan ramai individu berusia 35 tahun ke atas yang tampil penuh keyakinan dan karisma.

Lebih menarik, ujibakat kali ini turut menyaksikan penyertaan beberapa nama yang tidak asing lagi, termasuk Nona daripada kumpulan Freshie serta personaliti radio dan suara berpengalaman, Suraya Borhan, sekali gus menambah perhatian dan kemeriahan acara.

Sebagai stesen radio yang sinonim dengan tagline ‘SINAR Muzik Retro Terbaik’, SINAR FM menerusi inisiatif ini membuka ruang inklusif kepada bakat-bakat matang untuk menyerlah dan merealisasikan impian berada di belakang mikrofon.

ujibakat penyampai emas sinar meriah di astro bukit jalil, puluhan ‘suara emas’ buktikan usia bukan halangan!

Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, ramai sebenarnya memiliki suara menarik dan personaliti menghiburkan, namun terhalang oleh persepsi bahawa dunia penyiaran hanya sesuai untuk golongan muda.

“Ramai yang pernah terdetik untuk mencuba jadi penyampai radio, tapi rasa sudah terlambat. Penyampai Emas SINAR diwujudkan untuk membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersinar,” katanya.

Tambah beliau, SINAR kini mencari penyampai yang bukan sahaja petah berbicara, tetapi mampu menceriakan hari pendengar dan menjadi teman setia di udara.

“Setiap orang ada cerita dan gaya tersendiri. Kami mahu suara yang boleh menghidupkan suasana, membawa aura positif dan dekat di hati pendengar.”

Program ini juga dilihat sebagai jambatan ke dunia penyiaran profesional, khususnya dalam era digital apabila ramai bakat tersembunyi aktif di media sosial tetapi tidak mempunyai platform yang tepat untuk berkembang.

ujibakat penyampai emas sinar meriah di astro bukit jalil, puluhan ‘suara emas’ buktikan usia bukan halangan!

Jelas sekali, ujibakat hari ini bukan sekadar pencarian bakat, tetapi pentas untuk membuktikan bahawa minat, pengalaman dan keberanian mampu mengatasi faktor usia.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik