Foto: BBC
Kota Utqiagvik di Alaska, kawasan penempatan paling utara di Amerika Syarikat, kini memasuki tempoh tanpa matahari selama lebih dua bulan selepas matahari terbenam buat kali terakhir pada 18 November lalu.
Advertisement
Fenomena tahunan ini dikenali sebagai polar night, keadaan apabila matahari kekal berada di bawah ufuk sehingga 22 Januari 2026.
Keadaan ini berlaku kerana kedudukan bumi yang condong, menyebabkan kawasan Artik berada jauh daripada sinaran matahari ketika musim sejuk. Bagaimanapun, bandar itu tidak akan berada dalam gelap sepenuhnya.
Sepanjang tempoh ini, penduduk masih menerima cahaya samar-samar dalam bentuk civil twilight, iaitu ketika matahari berada sedikit di bawah ufuk dan menghasilkan cahaya senja yang lembut.
Ketiadaan matahari secara total memberi kesan pada suhu setempat, dengan cuaca dijangka menjadi lebih sejuk berbanding waktu lain dalam tahun.
🚨: The Sun has officially set in Barrow, Alaska, and it won't rise again until January 22, 2026. pic.twitter.com/qCiSzYiexU
— All day Astronomy (@forallcurious) November 20, 2025
Cuaca ekstrim ini bukan sesuatu yang asing bagi penduduk tempatan kerana mereka turut mengalami keadaan bertentangan pada musim panas, iaitu midnight sun yang membuatkan matahari kekal berada di langit sepanjang hari.
Bagi masyarakat Utqiagvik, perubahan ekstrem antara gelap dan terang ini sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka.
Walaupun rutin harian berubah, mereka tetap menyesuaikan diri setiap tahun. Apabila matahari muncul kembali pada 22 Januari nanti, penduduk akan melalui fasa siang yang semakin panjang dengan cepat pada minggu-minggu berikutnya.
Sumber: X