Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hukuman FIFA Ditangguh? CAS Benar 7 Pemain Warisan Sambung Karier

hukuman fifa ditangguh? cas benar 7 pemain warisan sambung karier

Teka-teki mengenai nasib tujuh pemain warisan Harimau Malaya akhirnya menemui titik kelegaan sementara apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan mereka menyertai semula semua aktiviti bola sepak.

Advertisement

Perkembangan itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus membuka ruang buat Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel meneruskan karier profesional masing-masing sementara menunggu keputusan muktamad rayuan di CAS.

Kelulusan tersebut hadir menerusi Perintah Penangguhan Pelaksanaan, susulan penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September lalu berhubung isu pemalsuan dokumen.

Bagi Garcés, lampu hijau itu membolehkannya kembali menyarung jersi Alavés dalam saingan LaLiga Sepanyol. Sementara itu, Figueiredo, Irazabal dan Hevel dijangka memperkukuh semula barisan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M), Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) serta Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.

hukuman fifa ditangguh? cas benar 7 pemain warisan sambung karier

Kehadiran semula mereka pastinya memberi nafas baharu bukan sahaja kepada kelab, malah kepada landskap bola sepak negara yang sebelum ini dihimpit kontroversi dan persoalan mengenai status pemain warisan.

Bagaimanapun, kebenaran ini bersifat sementara. Segala persoalan sebenar melibatkan ketujuh-tujuh pemain kebangsaan itu, termasuk peranan dan tanggungjawab FAM, hanya akan terjawab apabila CAS memuktamadkan keputusan rayuan kelak.

Buat masa ini, padang bola kembali menjadi milik mereka, namun penghakiman penuh masih menanti di hadapan.

SINAR Muzik Retro Terbaik