Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Trauma Apabila Hujan Lebat, Penduduk Tertekan 45 Kali Hadapi Bencana Banjir

Penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, Johor berkongsi rutin yang perlu dilalui setiap kali menghadapi bencana banjir.

trauma apabila hujan lebat, penduduk tertekan 45 kali hadapi bencana banjir

Mereka hidup dalam ketakutan dan mula mengemas barangan bagi menghadapi bah apabila hujan lebat tanpa henti dan paras air Sungai Segamat meningkat.

Advertisement

Berusia 50 tahun, Mohammad Yahya salah seorang penduduk kampung itu membina loteng di rumahnya sebagai langkah persediaan.

“Pada tahun ini sahaja rumah saya tiga kali dinaiki air sehingga habis harta benda musnah. Seumur hidup saya, sekurang-kurangnya 45 kali banjir besar dan banjir termenung saya sudah lalui.

“Pengalaman terburuk pada 2015 dan awal Januari lalu apabila rumahnya 95 peratus ditenggelami banjir,” katanya.

Tambahnya, dia sekeluarga akan mula berkemas apabila hujan turun tanpa henti selama dua hari dan paras air Sungai Segamat semakin meningkat.

“Kami akan mula memindahkan semua barangan penting seperti pakaian, tilam, bantal dan dokumen penting ke ruangan loteng yang dibina khas di bahagian sebelah rumah.

“Ruangan loteng inilah alternatif utama penyelamat barangan penting kami setiap kali berlakunya banjir di kampung ini,” ujarnya.

Dia juga tertekan apabila perlu menghadapi kejadian yang sama hampir 45 kali dalam kehidupannya sepanjang tinggal di situ.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik