Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] Tragedi Hong Kong, Kebakaran Lapan Blok Ragut Puluhan Nyawa

[video] tragedi hong kong, kebakaran lapan blok ragut puluhan nyawa

Foto: AFP

Advertisement

Kejiranan Wang Fuk Court di daerah Tai Po, Hong Kong, yang sebelum ini dipenuhi rutin harian penduduk, bertukar menjadi lokasi tragedi apabila kebakaran besar memusnahkan lapan blok perumahan dalam masa yang singkat. Dalam suasana yang dipenuhi asap berat dan udara panas membahang, ribuan orang bergegas menyelamatkan diri sementara ramai lagi masih tidak ditemui.

 

 

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 44 nyawa telah terkorban dan angka itu dijangka meningkat berikutan ratusan penduduk masih hilang.

Seorang pelajar, Thomas Liu, antara orang yang terhenti langkah kerana terkejut melihat kebakaran itu.

“Bila semakin dekat, panasnya naik dan asap sangat tebal,” katanya kepada BBC. Thomas juga menyaksikan satu mayat dibawa keluar daripada kawasan itu, detik yang sukar dilupakan.

Ahli majlis daerah Tai Po, Mui Siu-fung, berkata telefon dan WhatsApp tidak henti-henti berbunyi.

“Ramai hubungi kami beritahu mereka masih ada ahli keluarga di dalam atau tak dapat dihubungi,” jelasnya.

Dalam keadaan cemas itu, lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan, manakala pusat sementara dibuka untuk menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal. Polis turut memindahkan penghuni bangunan berhampiran sebagai langkah keselamatan.

[video] tragedi hong kong, kebakaran lapan blok ragut puluhan nyawa

Ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan, masyarakat Hong Kong menanti dengan penuh debaran, berharap lebih ramai mangsa dapat ditemui selamat. Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada ramai, mengingatkan betapa rapuhnya kehidupan dalam sekelip mata.

Sumber: BBC   Foto: AFP

SINAR Muzik Retro Terbaik