Sidang media bertukar tragedi apabila pemimpin parti pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung ditikam di leher ketika bercakap dengan sekumpulan wartawan di bandar pelabuhan Busan, hari ini.

Video tersebut jelas menunjukkan seorang lelaki menyerang Jae-myung di lehernya ketika beliau sedang berjalan sambil dikerumuni wartawan.
Advertisement
Difahamkan, beliau baru sahaja selesai melawat tapak lapangan terbang baharu.
Berusia 59 tahun, Ketua Parti Demokratik itu dilihat rebah ketika orang ramai bergegas membantunya dengan seorang lelaki menekan sapu tangan di leher yang terkena tikaman.
Namun, penyerang muncul dan meminta autograf Jae-myung yang sedang berjalan ke arah keretanya.
“Penyerang menikam lehernya dengan apa yang kelihatan seperti pisau,” kata seorang saksi kepada saluran televisyen YTN.
Ketika kejadian anggota polis bertindak menangkap penyerang tersebut yang memakai topi tertera nama Jae-myung.
Beliau dikejarkan ke sebuah hospital menggunakan ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Jae-myung dilaporkan mengalami pendarahan tetapi berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Sumber: Kosmo Online