Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Golongan Muda Korea Selatan Tak Mahu Berkahwin, Enggan Punyai Anak

Baru-baru ini, satu kajian melaporkan sudah semakin ramai golongan muda Korea Selatan menganggap perkahwinan dan melahirkan anak sebagai sesuatu yang tidak penting.

golongan muda korea selatan tak mahu berkahwin, enggan punyai anak

Malah, laporan itu juga menunjukkan keputusan yang berbeza di mana golongan muda tersebut mempunyai misi dan pencapaian masing-masing.

Advertisement

Berdasarkan data kerajaan, hanya 27 peratus wanita berusia 20-an menganggap perkahwinan sebagai penting pada tahun lepas. 

Namun, laporan tersebut menunjukkan penurunan daripada hampir 53 peratus yang dicatatkan pada 2008.

Malah, kira-kira 42 peratus lelaki dalam kumpulan umur sama pula menganggap perkahwinan sebagai penting, iaitu berkurang sebanyak 30 peratus.

Bagi kumpulan usia 30-an pula, 31.8 peratus wanita dan 48.7 peratus lelaki berfikiran positif untuk berkahwin. 

Seterusnya, bagi mereka yang berusia 20-an dan 30-an hanya 27.7 peratus daripada tidak mahu mempunyai anak selepas berkahwin pada 2015, namun ia meningkat kepada 44.1 peratus pada 2020.

Laporan tersebut menggambarkan krisis demografi di Korea Selatan berhubung kadar kelahiran yang sangat rendah. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik