Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mendakwa bahawa Israel cuba menjadikan Hospital Indonesia ‘padang jarak, padang tekukur’ selepas tenteranya menyasarkan kemudahan itu kelmarin.

Menurut jurucakap kementerian berkenaan, Ashraf Al Qudra, pihaknya memaklumkan serangan bertubi-tubi terhadap hospital itu menyebabkan kesukaran untuk merawat pesakit dan suasana tidak selamat.
Advertisement
“Penceroboh Israel cuba mengubah Hospital Indonesia menjadi kubur awam, sama seperti yang mereka lakukan kepada Hospital Al-Shifa.
“Kini mereka mengulangi tindakan itu ke atas Hospital Indonesia yang menjadi tulang belakang perkhidmatan penjagaan kesihatan di utara Gaza,” katanya.
Lebih 12 orang terbunuh terhadap serangan askar Zionis Israel yang menyasarkan hospital tersebut.
Sumber: Kosmo Online