Tiga suspek yang menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai didera telah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya dimaklumkan sudah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa ketiga-tiga suspek berkenaan.
Advertisement
"Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang didera sehingga maut di Senggarang, Batu Pahat, pada minggu lalu, akan dituduh esok.
"Manakala dua lagi suspek akan menjadi saksi pendakwaan," katanya.
Tambahnya, semua suspek yang direman itu berusia antara 15 hingga 37 tahun dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut undang-undang.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), selepas pengsan di sebuah rumah di Senggaran pada 26 Disember lalu.
Sumber: Awani